alhamdulillah... selesai sudah jihad ako sebagai pelajar di USM..
tapi banyak lagi jihad yang perlu ako lakukan untuk kejayaan dunia dan akhirat.
ako ni budak seni, "rekabentuk teknologi media baru"..ramai yang kalau tanya ako ambil kos ape mesti tanya balik "kos apa tu???"..
ok..ako terangkan sekali lagi kos ini adalah kos baru di pusat pengajian seni usm, baru 10 tahun..
silibus kos ini sama dengan seni digital tapi dirangkumkan sebagai teknologi dan media baru.antara subjek yang ada 2d &3d animasi, rekabantuk digital, produksi filem, pengurusan seni, sejarah media baru, perkembangan media baru, dan boleh dikatakan ada gabungan filem(media), fine art, seni grafik dan teater teknikal.. jadi kos ni agak komplicated tetapi best sebab belajar semua... dan alhamdulillah ako survive hingga akhir... hahahahahha
untuk FYP tajuk projek ako adalah :
KEPRIHATINAN GOLONGAN BELIA TERHADAP FUNGSI DAN
KETAHANAN JANTUNG DAPAT DIPUPUK MELALUI KIOSK INTERAKTIF
Tujuan utama kajian ini adalah mengukur sejauhmanakah belia memberi
perhatian terhadap jantung mereka, seterusnya mengetahui fungsi serta ketahanan
jantung sendiri. .Hal ini merupkana
salah satu langkah awal bagi mengurangkan kadar serangan jantung di Malaysia.
Selain itu, kajian ini juga bertujuan merekabentuk instrument penyampaian yang
informatif dan interactif untuk menghasilkan satu media baru bagi mendidik dan
menyedarkan masyarakat secara hubungan dua hala. Oleh itu, instrument
penyampaian ini bertujuan menentukan keberkesanan media baru dalam memberi
informasi dan pendidikan secara interaktif mengenai fungsi dan ketahanan
jantung dan memastikan golongan belia tidak terlepas pandang mengenai
pentingnya menjaga dan mengenali jantung sendiri. Skop kajian ini
merangkumi fungsi dan ketahanan jantung, kesedaran bagi golongan belia yang
berumur 18 hingga 40 tahun.
# Let it beats!
This project is a new media work combines design
and technology. It is an interactive kiosk to create awareness about the
importance of maintaining a healthy heart. This work uses 2D and 3D visual
element, motion infographic, instant heart rate detector and infinity mirror. Awareness
through interactive and experiences are more effective and educative than the
old media. art was born in a sincere and natural, just like our heartbeats.
ok, so untuk pengetahuan korang, projek ako adalah sebuah alat atau media baru bagi memupuk keprihatinan golongan belia terhadap fungsi dan ketahanan jantung melalui kiosk interaktik. so... banyak gila works, steps, types, designs, ketuk-ketuk, nangis-nangis sampai hempuk kepala..hahhahaha stresss... tapi akhirnya ako berjaya. alhamdulillah... so, tgok la gambar2 projek ako sewakti RINTIS ART SHOWCASE 2015
bagi proses membina kiosk, ako menggunakan cermin half silver, kayu, playwood, cat... 100% dibuat oleh my engineer hero papa ku.. haha gagah buat kat rumah (taiping) pastu siap bawak naik ven hantor ke USM (penang) 3hari 2 malam ako dengan papa bersengkang mata buat sampai siap, alhamdulillah...selesai.
ini pulak design jantung 3d ( autodesk maya) jantung ini ako gunakan untuk infinity mirror.
so ini pulak key frame interface untuk kiosk ako, kenapa guna 2d design?? sebab lebih mudah paham dan direct, x perlu terlalu abstrak atau realistik... interface ako ada 4 komponen penting, information tentang jantung, types of heart beats, warning signs of heart attack dan lets check (cek jantung audience menggunakan fingertip detector).
secara tidak langsung audience yang tangan menggunakan kiosk ako untuk dapatkan maklumat, boleh cek kadar degupan jantung dan kandungan oxygen dalam darah, best kan? so xde pulang dengan hanya informasi tetapi maklumat tentang diri sendiri.
ini adalag infinity mirror, infinity mirror ini mengandungi visual video jantung 3D yang bergerak dan memeparkan keadaan sebenar jantung manusia, apabila kita berdiri dihadapan cermin kita boleh berinteraksi dengan menetapkan kedudukan dan pantulan imej kita dengan kedudukan jantung di bahagian kiri dada masusia.. seolah-olah, jantung tersebut adalah jantung kita. infinity mirror ini juga bertujuan menarik minat penonton untuk menggunakan kiosk "let it beats"
ini pula kiosk yang dah siap dan boleh digunakan oleh penonton. alhamdulillah, feedback pada hari showcase sangat memuaskan, ramai yang setuju dengan penyataan masalah dan terima idea serta konsep projek ako. secara zahirnya projek ako berjaya dari ulasan2 dan pendapat target audience ako. alhamdulillah... dan ako dapat A untuk FYP ako... terima kasih allah.
penghargaan:
Alhamdulillah
bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinannya saya mampu menyiapkan
projek tahun akhir saya. Terima kasih kepada penyelia saya En. Alias bin
Ibrahim pensyarah Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia diatas segala
bimbingan dan tunjuk ajar yang tidak ternilai serta sentiasa memberi dorongan
dan sokongan yang berterusan dalam menyempurnakan projek tahun akhir saya. Terima
kasih juga kepada semua pensyarah yang telah membantu saya dalam pelbagai cara
untuk menyelesaikan projek tahun akhir
saya dengan lengkap Saya juga ingin mengucapkan setingi-tinggi ucapan terima
kasih kepada pusat pengajian seni , rakan krusus Rekabentuk teknologi media
baru, pelajar pusat pengajian seni yang sentiasa memberi inspirasi, idea dan
sokongan semasa saya menjalankan projek tahun akhir saya.
Saya juga
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua
ibu bapa saya yang iaitu Encik Abd. Ghafar Bin Abdullah dan Puan Mariam Binti
Abdul Hadi kerana telah menjaga dan mendidik saya daripada kecil hingga dewasa.
Terima kasih juga kepada adik beradik saya yang menyokong dari segala segi dan
nasihat serta rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dari segi
perkongsian ilmu dan pandangan.Akhir sekali, saya mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Tuhan yang Maha kuasa dan Maha besar kerana memberi saya ilham dan
ketabahan yang tidak terkira untuk menyiapkan tesis ini.
alhamdulillah ;)