PERJUANGAN PERLU DI TERUS KAN!!!!

hidup adalah satu perjuangan....
kita bangun untuk berjuang,
kita makan untuk berjuang,
kita tidor untuk berjuang,
kita hidup untuk berjuang,
perjuangan kita adalah satu....
BERJUANG MENUJU KE JALAN YANG BENAR....

Tuesday, December 31, 2013

buku lama...2013

assalamualaikum....selamat datang tahun baru...selamat tinggal tahun lama..

hakikatnya...baru atau lama, masa tak pernah menunggu kita.
highlight utk tahun 2013,

1.detik dukacita...
ateh accident but now alhamdulillah.. dia sudah kembali pulih..
hikmah:nilai ikatan kekeluargaan AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS.



2. NEW COMER!!! anak sedara ke 10..
what????????????????????????????????????????? ahli ke 20 dalam keluarga..
subhanallah... tgok dia nieeee chumelll (8/9/2013)


muhammad mueez fadlan.

3. majlis dekan... anugerah untuk diri sndri... mungkin org kata lorhh dekan jer....senang la nak dapat..
NOOOOOOOOOOO mungkin ini kali pertama dan terakhir ako merasai anugerah ini... dan mungkin ako akan dapat pegang lagi suatu hari nnt.. insyaallah


4. big and grand projek yang berjalan tidak seperti yang dirancang... LIMA
ako ada janji nak cerita pasal bnda nie..tp I THINK NOT KNOW..ok
hikmah:kita tidak boleh terlalu dimand, kita hendaklah berusaha mengikut kemampuan... dan redha. tq =)





kami jatuh bersama dan bangkit bersama..
syukur ya allah..
terima kasih...



ini adalah momen2 ako yang memberi kesan besar dalam hidup ako  sepanjang 2013... banyak lagi sebenarnya, tapi kita simpan untuk dri sdnri ye...

semoga tahun baru ini,, 2014 menjadikan ako lebih matang dan lebih giat mencari harta untuk akhirat. amin

wassalam.



Wednesday, December 11, 2013

BANGKIT!!



assalamualaikum....bismillah..

maghrib hari ini terdetik hati ako untuk mencoret setelah genap seminggu kejadian berlaku..
agak lama masa yang diambil untuk ako reset minda ako...

last week my production team telah membuat satu tayangan filem pendek kami, iaitu lima. nnt ako ceritakn dengan lebih lanjut dalam post seterusnya, insyaallah. apa yang ako nak ceritakan adalah, pada malam tayang ada sedikit masalah teknikal yang berlaku...yang pastinya datang dari kami sendiri...kakhilafan kami, kealpaan kami dan juga yang baik itu datang dari ALLAH.

sewaktu tayangan beberapa filem kami mengalami masalah... sejujurnya...itu bukan lah masalah teknikal kerana itu adalah mslah kami yang x reheasel dahulu. malam tu, ako sebagai mc..keadaan jadi kucar kacir apabila tiada lagi orang yang mengikut tentatif yang telah ditetapkan. jujur ako marah... tapi sekadar mengamuk xde penyelesaian. jadi kami hanya mengikut rentak keadaan dan takdir sehingga penonton terakhir keluar dari dewan budaya.

sejurus pintu dewan budaya ditutup, sahabat2 ako menangis,,, kata mereka, mereka yang salah.... kata mereka, mereka yang menghadap  perkara ini, kata mereka lagi...mereka yang merasainya...

ako turut merasai,,....malah ako merasai perkara ini akan terjadi apabila bermulanya tugasan ini diberikan... kerana sifat-sifat mulia pudar dalam usaha menyalakan filem ini, yang ada hanyalah sifat2 bermuka-muka kononnya bersifat mulia.... yang berusaha alpa dengan tuntutan mereka... yang mengarah alpa pada kebajikan mereka... yang menurut perintah hilang keikhlasan mereka...

akhirnya semua orang seolah2 gelojoh,,,seperti pencuri yang hanya ingin mencuri duit tapi apabila masuk ke rumah menteri sependar menteri pon dia ambil... GELOJOH!

back to the GREEN SIDE
bagi ako kegagalan kami mencapai apa yang diingini pada malam itu, BUKAN lah satu KEGAGALAN.
ako ulang...BUKAN KEGAGALAN!!! itu adalah PENGAJARAN....ako ulang lagi PENGAJARAN
pengajaran buat ako dan rakan2 yang mentah dan x pernah dicelup mahupun lalu dia atas kuali sebelum ini membuat event yang sebegitu besar....

pada sahabat, jangan bersedih atas apa yang berlaku... dalam kita mendaki gunung...kita membawa kelengkapan secukupnya...kita mendaki dengan tertib sehinggalah kita sampai dipuncak...tapi telah berlaku satu kejadia dimana dipuncak itu kita terjatuh...patah kaki...yang pastinya sukar bagi kita untuk turun dengan kaki yang patah...maka janganlah ditinggalkan kawan kita yang patah itu, papah lah dia untuk turun dan berjaya bersama. pada yang menilai....semuanya di tangan anda... tetapi...neraca ALLAH jauh dari penglihatan anda...

*ini adalah luahan hati ako, sekiranya terasa ako mohon ampun dan maaf..... sebagai mana hatimu terasa sebegitu juga ako,,,,.. yang baik itu datang dr ALLAH dan yang buruk itu datang dari diriku sendiri tetapi diatas kehendakNYA....

*jangan terlalu meminta-minta...jangan mengharapkan yang paling tinggi...cukup sekadar bersederhana

"tidak kah orang tua tuan hamba mengajar 4 sifat mulia??? jujur amanah tabligh fatonah!!"

sekian, assalamualaikum.