PERJUANGAN PERLU DI TERUS KAN!!!!

hidup adalah satu perjuangan....
kita bangun untuk berjuang,
kita makan untuk berjuang,
kita tidor untuk berjuang,
kita hidup untuk berjuang,
perjuangan kita adalah satu....
BERJUANG MENUJU KE JALAN YANG BENAR....

Tuesday, August 11, 2015

my jantung... topik pasal FYP

assalamualaikum...
alhamdulillah... selesai sudah jihad ako sebagai pelajar di USM..
tapi banyak lagi jihad yang perlu ako lakukan untuk kejayaan dunia dan akhirat.
ako ni budak seni, "rekabentuk teknologi media baru"..ramai yang kalau tanya ako ambil kos ape mesti tanya balik "kos apa tu???"..

ok..ako terangkan sekali lagi kos ini adalah kos baru di pusat pengajian seni usm, baru 10 tahun..
silibus kos ini sama dengan seni digital tapi dirangkumkan sebagai teknologi dan media baru.antara subjek yang ada 2d &3d animasi, rekabantuk digital, produksi filem, pengurusan seni, sejarah media baru, perkembangan media baru, dan boleh dikatakan ada gabungan filem(media), fine art, seni grafik dan teater teknikal.. jadi kos ni agak komplicated tetapi best sebab belajar semua... dan alhamdulillah ako survive hingga akhir... hahahahahha

untuk FYP tajuk projek ako adalah : 

KEPRIHATINAN GOLONGAN BELIA TERHADAP FUNGSI DAN KETAHANAN JANTUNG DAPAT DIPUPUK MELALUI KIOSK INTERAKTIF

Tujuan utama kajian ini adalah mengukur sejauhmanakah belia memberi perhatian terhadap jantung mereka, seterusnya mengetahui fungsi serta ketahanan jantung sendiri. .Hal ini merupkana salah satu langkah awal bagi mengurangkan kadar serangan jantung di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga bertujuan merekabentuk instrument penyampaian yang informatif dan interactif untuk menghasilkan satu media baru bagi mendidik dan menyedarkan masyarakat secara hubungan dua hala. Oleh itu, instrument penyampaian ini bertujuan menentukan keberkesanan media baru dalam memberi informasi dan pendidikan secara interaktif mengenai fungsi dan ketahanan jantung dan memastikan golongan belia tidak terlepas pandang mengenai pentingnya menjaga dan mengenali jantung sendiri. Skop kajian ini merangkumi fungsi dan ketahanan jantung, kesedaran bagi golongan belia yang berumur 18 hingga 40 tahun.            


Let it beats! 
This project is a new media work combines design and technology. It is an interactive kiosk to create awareness about the importance of maintaining a healthy heart. This work uses 2D and 3D visual element, motion infographic, instant heart rate detector and infinity mirror. Awareness through interactive and experiences are more effective and educative than the old media. art was born in a sincere and natural, just like our heartbeats.


ok, so untuk pengetahuan korang, projek ako adalah sebuah alat atau media baru bagi memupuk keprihatinan golongan belia terhadap fungsi dan ketahanan jantung melalui kiosk interaktik. so... banyak gila works, steps, types, designs, ketuk-ketuk, nangis-nangis sampai hempuk kepala..hahhahaha stresss... tapi akhirnya ako berjaya. alhamdulillah... so, tgok la gambar2 projek ako sewakti RINTIS ART SHOWCASE 2015





bagi proses membina kiosk, ako menggunakan cermin half silver, kayu, playwood, cat... 100% dibuat oleh my engineer hero papa ku.. haha gagah buat kat rumah (taiping) pastu siap bawak naik ven hantor ke USM (penang) 3hari 2 malam ako dengan papa bersengkang mata buat sampai siap, alhamdulillah...selesai.





ini pulak design jantung 3d ( autodesk maya) jantung ini ako gunakan untuk infinity mirror. 





so ini pulak key frame interface untuk kiosk ako, kenapa guna 2d design?? sebab lebih mudah paham dan direct, x perlu terlalu abstrak atau realistik... interface ako ada 4 komponen penting, information tentang jantung, types of heart beats, warning signs of heart attack dan lets check (cek jantung audience menggunakan fingertip detector).


secara tidak langsung audience yang tangan menggunakan kiosk ako untuk dapatkan maklumat, boleh cek kadar degupan jantung dan kandungan oxygen dalam darah, best kan? so xde pulang dengan hanya informasi tetapi maklumat tentang diri sendiri. 










ini adalag infinity mirror, infinity mirror ini mengandungi visual video jantung 3D yang bergerak dan memeparkan keadaan sebenar jantung manusia, apabila kita berdiri dihadapan cermin kita boleh berinteraksi dengan menetapkan kedudukan dan pantulan imej kita dengan kedudukan jantung di bahagian kiri dada masusia.. seolah-olah, jantung tersebut adalah jantung kita. infinity mirror ini juga bertujuan menarik minat penonton untuk menggunakan kiosk "let it beats"


ini pula kiosk yang dah siap dan boleh digunakan oleh penonton. alhamdulillah, feedback pada hari showcase sangat memuaskan, ramai yang setuju dengan penyataan masalah dan terima idea serta konsep projek ako. secara zahirnya projek ako berjaya dari ulasan2 dan pendapat target audience ako. alhamdulillah... dan ako dapat A untuk FYP ako... terima kasih allah.


penghargaan:

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinannya saya mampu menyiapkan projek tahun akhir saya. Terima kasih kepada penyelia saya En. Alias bin Ibrahim pensyarah Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia diatas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang tidak ternilai serta sentiasa memberi dorongan dan sokongan yang berterusan dalam menyempurnakan projek tahun akhir saya. Terima kasih juga kepada semua pensyarah yang telah membantu saya dalam pelbagai cara untuk  menyelesaikan projek tahun akhir saya dengan lengkap Saya juga ingin mengucapkan setingi-tinggi ucapan terima kasih kepada pusat pengajian seni , rakan krusus Rekabentuk teknologi media baru, pelajar pusat pengajian seni yang sentiasa memberi inspirasi, idea dan sokongan semasa saya menjalankan projek tahun akhir saya.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang iaitu Encik Abd. Ghafar Bin Abdullah dan Puan Mariam Binti Abdul Hadi kerana telah menjaga dan mendidik saya daripada kecil hingga dewasa. Terima kasih juga kepada adik beradik saya yang menyokong dari segala segi dan nasihat serta rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dari segi perkongsian ilmu dan pandangan.Akhir sekali, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuhan yang Maha kuasa dan Maha besar kerana memberi saya ilham dan ketabahan yang tidak terkira untuk menyiapkan tesis ini.

alhamdulillah ;)



Monday, February 9, 2015

lorong seni.....ako kempunan seni....


holla....assalamualaikum....
entry kali nie, just nak share pasal lorong seni di shah alam...
kebetulan pergi butik calaqisya terus singgah kejap ke lorong seni...
waktu ako pergi, mama stay dalam kereta sebab panas terik tghari...
ako pon jalan2 la dengan fatimah...my bff sambil tu bergambar dan berposting bersama..
hahahhahaha



ini sedikit latar belakang mengenai lorong seni yang ako ambil dari info yang ada di internet ye.

​​LAMAN SENI 7

Lokasi
Lorong Belakang kawasan komersial Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam.
Tarikan
Program Pengindahan Lorong Belakang merupakan inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati oleh pengunjung dan serta dijadikan lokasi penganjuran sebarang aktiviti yang bermanfaat. 
Lukisan mural ini dipilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam yang mempertandingkan 4 jenis kategori iaitu ‘3D Painting’, ‘3D Installation’, ‘Street Furniture’ dan ‘Painting On Site’. 10 penyertaan terbaik dari setiap kategori dipilih ke peringkat akhir untuk dinilai dan diberi kebenaran untuk melaksanakan projek lukisan mural di Laman Seni 7 Shah Alam. Konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti Shah Alam atau ‘Shah Alam community’, tarikan pelancongan atau ‘tourist attraction’ dan berkonsepkan kehijauan atau ‘green concept’.


waktu ako pergi aritu...x banyak mural @ installation yg menarik... tetapi masih memuaskan hati ako sebagai insan yang masih jahil mengenai seni...



banyak mural @ karya yang berkonsepkan interaktif...yang mana kita boleh bergambar dan berinteraksi dengan karya seolaj-olah karya itu hidup.
kita dan karya seperti satu.



dalam banyak2 karya...ini yang menyentuh hati ako... 
ya allah.... 




sebab dah lama sangat berjalan... mama pon dah bosan dok dalam kereta sorg2.... cepat2 tangkap gambar..pastu cawww...hahahaha



bring the nature on the wall...
ako suka karya nie...atleast anak KL xde la yang x kenal orang utan...
kang ada orang bagi salam kat orang utan plak...
hahahahahhahaha adoi..... just kindding... =)


painting nie best...simple... but true.... haha...


x percaya kan... sudut belakang bangunan nie boleh nampak luas...dengan karya-karya yang ringkas tapi bernilai macam ini... this is community art.... art for all... peace. =)




thats all....sebenarnya banyak lagi karya2 yang dicoretkan kat dinding lama seni nie...
tapi ako sempat snap yg ini je....
next time ako pergi lagi..

antar comment yang ako boleh bagi:
1. keluasan atau area lama seni ini boleh diperbesarkan lagi... mungkin dari laman seni menjadi jajahan seni...??hahahaha
2. arang sekeliling (penghuni laman seni) perlu peka dengan kebersihan, waktu ako pergi..sampah dari kedai seperti sisa makanan dibuang begitu sahaja... almaklumla laman seni ini belakang kedai dorg ja... pastu disebabkan sampah ini, bau-bauan yang tidak menyenangkan mula la menusuk ke lobang hidung ku yang besar ini.haha.... VIEW DAN MEMANG CUN...TAPI KALAU UDARA YANG DIHIRUP WANGI, AMAN DAN SELESA LAGI CUNNN...
3. menganai karya2 yang ada dilaman seni... semuanya hebat dari segi astetik...xdapat dinafikan lagi... mahu bagi berapa bintang yaaaa?????? hahahahah 
saya bagi 4 bintang!!!!!

goodjob pengkarya sekalian, goodjob pencinta seni...



sekian, assalamualaikum.

Saturday, February 7, 2015

kena tukar gear...

assalamualaikum..

sudah masuk bulan ke2 tahun 2015....
2012,,,, dulu ako keliru nak pilih hala tuju...
lepas stpm....dengan result yang tidaklah terlalu cemerlang, ako melangkah masuk ke menara gading...

Universiti Sains Malaysia??? hmmmmmm
makanya tahun ini 2015, adalah tahun ke tiga ako di USM dan semester terakhir ako...
hah??? semester terakhir??
ok2.... FYP = final year projek?? final year presentation??

FYP untuk pelajar media baru school of art USM, memerlukan kami menghasilkan kerja seni menggunakan media baru dan teknologi... jadinya kami berperanan mencipta media baru berteraskan teknologi dan rekabentuk.

Selama 3 tahun ako kat sini, meniti semester akhir yang akan tiba nie...
masih banyak yang ako xdapat, maksud ako...masih belum cukup dan puas hati.
y????? banyak lagi benda yang ako perlu gali, cari dan pelajari...
apa yang ako belajar selama ini hanya lah diluar lapisan kulit......
xada satu kemahiran atau ilmu yang betul2 dapat ako pegang...
oleh sebab itu... ako rasa ako perlu terus belajar...

belum abis belajar lagi mama ngan papa dah tanya dah nak sambung master @ kerja??
hmmm......
melihat kepada ilmu yang ako ada sekarang, ako rasa ako perlu terus menyambung pelajarana... sekurang2nya,.. walaupun ilmu itu belum tentu lagi akan membantu ako mendapatkan pekerjaan tetapi ilmu itu ako capai untuk kepuasan diri dan pengalaman,

welllll.........nak masuk sem 6 nie, ako dah kena tukar gear la... kan???
ok...masuk gear3 tekan minyak  tangan genggam padel handbreak... sekian...

ya allah permudahkanlah jihad kecil ako dan rakan2... amin ya rabb =)



Friday, January 9, 2015

ilovekids

holla....assalamualaikum....

dalam diri setiap insan mesti ada rasa belas dan kasihan terhadap kanak2 kan???
termasuklah ako....

ako nie anak last dari 5 adik beradik, ako dah ada 10 anak sedara...ha.... sepuluh....
so, x kesah pon bila orang kata ako nie macam mak orang... alhamdulillah dan terima kasih...
ako anggap itu adalah pujian yang paling ikhlas....haha...

well blog kali nie just nak share gambar yang ako amik waktu photoshoot untuk mueez dan malik.
photoshoot nie x plan pon...saja seronok2 bergembira. btw pada yang tak tahu, mueez anak kakak ako, malik pulak anak kawan ateh...kak dini... malik nie handsome...muka macho tauuuuuu haha

ok....enjoy the picture na...

psstt: kalau ada sesiapa yang nak khidmat ako untuk photoshoot..boleh...... haha






MALIK






MUEEZ

best potrait yang nak di frame kan yang nie... haha





            ok,sekian...assalamualaikum.... ~_~