PERJUANGAN PERLU DI TERUS KAN!!!!

hidup adalah satu perjuangan....
kita bangun untuk berjuang,
kita makan untuk berjuang,
kita tidor untuk berjuang,
kita hidup untuk berjuang,
perjuangan kita adalah satu....
BERJUANG MENUJU KE JALAN YANG BENAR....

Saturday, November 15, 2014

masa yang terbang...


assalamualaikum...

dia dah berumur 4 tahun.. ako ingat lagi dulu sewaktu dia belum cecah umur 2 tahun..
suhu badan dia naik mendadak... hampir 40'c dan siapa pun tiada di rumah. 
walaupun ako xde anak lagi...aterrrr kawen pon tak lagi.... tapi tindakan drastik ako masa itu
terus bawa dia ke klinik..... ALLAHUAKHBAR!!! cuti umum plak masa tu.... 
klinik semua tutup termasuklah klinik kesihatan.... (T_T)
masa tu ako memandu sambil dia duduk atas riba ako... bukan xde orang lain...Hasmah pon ada dalam kereta untuk teman ako bawa dia ke hospital. tapi dia tak nak...dia nak duduk dengan ako...
bayangkan ako memandu sambil riba dia mcm anak "nyet" terus ke klinik 1MALAYSIA...

satu lagi cerita waktu kat klinik...ako xde mykid dia...jadi ako terpaksa call kakak ako di KL untuk dapatkan detail dia... masuk jumpa doktor tiada masalah... mula sahaja doktor sentuh dia menggelupur mcm kena api.... MASYAALLAH.... belum part makan ubat... ako kena pujuk sampai la abis ubat tu.... tiba2 doktor suruh ako rujuk ke emergency ward hospital taiping.... (T_T)

hari cuti umum/hospital/kereta banyak/parking xde!!!! arghhhhhhh
ako terus memandu dalam keadaan yang sama mcm tadi.... sampai hospital ako main redah ja parking kereta.... terus pergi ke tempat saringan... hmmmmm mcm biasa...doktor tak boleh sentuh dia. 
haigooooo...... sampai nak timbang kami naik penimbang sama-sama, nak baring atas katil pon sama-sama........ semua orang ingan kakak yaya anak acu... "anak awak demam ke?" yoooo laaaa anak saya....haha kelakar..... 

itu lah kenangan satu hari kakak yaya demam dan acu jadi panik gila mcm nak meroyan...
haha....tapi itu 3 tahun yang lalu...kakak yaya pon dah x ingat kan... 

btw, SELAMAT HARI LAHIR KAKAK YAYA....acu sentiasa rindu kakak... semoga dilindungia allah dan membesar menjadi anak yang solehah.. amin... 

-acu

sakit itu nikmat sebenarnya... manakala jika orang yang kita sayang sakit bermakna allah bukan hanya menguji dia...tetapi allah sedang menjentik kita agar sentiasa sedar akan nikmat sihat yang dipinjamkan oleh Nya. terima kasih Allah (~_~)


Friday, October 31, 2014

terbang dengan angin...hilang dengan waktu

assalamualaikum.
1 november 2014

semoga semua nya dalam keadaan sihat belaka....sedar,insaf dan redha..
ya allah....cepat betul masa berlalu... macam x percaya...ako dah masuk final year dan ako tinggal 1 semester sahaja lagi untuk selesaikan pengajian ijazah sarjana muda ako...

tiba2 terdetik di hati...adakah ini yang ako kejar? adakah ini yang ako cari? ya allah... kuatkan iman ku ini... dua tahun ako lihat perubahan...ako lihat yang putih berubah hitam...yang lembut berubah kasar... yang wangi menjadi busuk... begitulah sebaliknya... 

kadang2 terngiang2 di telinga kata orang tahun akhir nie la baru kita jumpa sapa kawan, sapa lawan?
hhahahahahhah (itu kelakar). siapalah ako nak menilai orang.... berubah la mcm mana kamu nak ubah... tapi jagalah hubungan kamu sama allah juga manusia... 


"bagi ako.. berubah la tapi jangan dibuang yang lama...ubah kita utk kebaikan sekeliling juga... jangan buat perubahan yang mendatangakn kemudaratan kepada orang sekeliling... "

kepada semua kawan2 yang berjuang utk fyp, sama2 lah kita berjuang... jangan ditinggalkan mereka yang tercicir...sama2 kita memberi semangat dan sama2 kita sampai ke garisan penamat... semoga allah memudahkan jihad kecil kita ini...amin...




Friday, September 12, 2014

langkawi...x sangka,,,,

assalamualaikum,
ini cerita lama yang dah lapok...sekarang baru terasa nak coret kat dalam belog ini
hahahahaha... hai la belog, sory la...ako banyak sangat hal duniawi yang ako kejo itu yang terlupa kat ang tuuu...
btw.kali nie...ako nak kongsi pasal short vacation dengan harta dunia akhirat ako, mama n papa..
last semester...dalam bulan 3@4 la.... tengok!! sampai lupa da,,haha...
ako ikut mama papa g langkawi..saja jalan2...bawak mueez(anak ateh)
ako gerak dr usm kol 12.30malam, papa amik dr taiping dia drive ke usm...gila x??
nak dijadikan lagi cerita,....esok ako kena submit assignment, so malam tu jugak ako siapkan dan submit....perghhhhhh papa sanggup tunggu samapia kat kul 1.30jugak la baru bergrak ke kauala perlis. kami naik feri ke langkawi dlam pukul 9.00pg...sampai dilangkawi kami naik bot utk ke
 Pulau Toba.. iaitu kampung orang melayu di langkawi..nice, cantik dan bersih tempatnya... 

ha....ini la botnya yang ktorang naik dari jeti langkawi ke pulau toba tu.... ayor nyer merecikkk masuk k dalam boat...dahsyat....mintak nyawa ja la,,time tu....tapi best... (~_~)




ini antara keindahan pulau tu...kami duduk di sebuag chalet bekas pemain bola sepak kedah...
ako tau pon dari orang....tempat dia betul2 depan laut....huihhhhhhhh






ha...inilah chalet nye,,,,simple, ada dapur, aircond, tv, dalam rm60 sahaja utk semalam...
boleh buat bbq dan dapatkan hasil tangkapan nelayan dekat kedai2 tepi jeti nie...
orang di kampung nie pun mesra2 belaka...
dapat la kami makan ketam masak lemak.....slurrrrrrpppppp!!!!!!!!haha






hari seterusnya selepas tido semalam kat pulau toba, ktorang gerak pula ke pulau langkawi...
ako dah 2@3 kali dah pergi langkawi... so,,,,malas nak melawat ke semua tempat...
ako just pergi tempat yang ako x pernah pergi macam cable car.
yang makam mahsuri, beras terbakar, dll ako x pergi sebab selalu dah pergi.haha








walaupun banyak assignmnt, banyak kerja...ada kelas bagai.... 
ako terpaksa ketepikan semua itu untuk mama n papa, sepanjang bercuti tu...ako la yang
drive, dukung mueez dan sediakan apa yang patut, 
naik feri pon ako yang ngangkut barang n mueez....mama ngan papa pon bukan nya muda lagi kan....
ako bahagia bila tengok mama ngan papa bahagia...

thank you allah...


Monday, March 10, 2014

ya Allah.... engkaulah yang maha pemurah lagi maha mengasihani T__T

Doa MH370 - Rintihan Hamba Yang Pasrah

Dari KLIA menghala ke Beijing, 
Perjalanan terhenti membuat kami pening..

Di kepekatan malam engkau sembunyi,
Hilang di radar terus dicari,
Pelbagai persoalan kini dikaji...

Langit cerah kini menyuluhmu,
Seluruh dunia kini menanti hadirmu,

Hujan sudah berlinangan di pipi,
Namun dirimu tetap menyepi...

Wahai manusia…

Jangan dipermain nyawa-nyawa insan,
Jangan hilangkan sifat kemanusiaan,

Kehidupan manusia terus diadili,
Adakah berniat untuk menghakimi?...

Jika dihijack kembalikanlah
Wahai hijackers kalian bertaubatlah..

Jika angkara pengganas hentikanlah
Kembalikan saja urusan kepada Allah..

Umat manusia menambah polemik
Si bijak pandai menjadikannya bahan politik,

Si pelawak mencipta lucu,
Si dengki terus mencaci,
Si genius pula mentaksir sendiri...

Kami pohon pada Mu Ya Allah,

Tunjukkanlah kekuasaan Mu Ya Rabbi,
Agar semua ini segera terhenti,
Agar semua bisa mengerti...

Ya Allah Ya Rahman,
MilikMu jua sebaik perancangan,
Kami hanya buat yang terbaik sebagai hamba,
Namun Engkau jua pemilik kuasa...

Andai di langit turunkanlah,
Andai di laut timbulkanlah,
Andai di darat tunjukkanlah,
Dan andai di alam lain sekalipun singkapilah...

Ya Allah Penolong kami…

Jika masih hidup pulangkanlah,
Agar dapat kami syukuri,
Jika telah tiada buktikanlah,
Agar kami pasrah merelakan mereka pergi...

Ya Allah Ya Ghafur…

Jika ada sebab dari dosa kami ampunilah
Jika ada sebab kejahilan kami tunjukilah…

Ya Allah Ya Rahim…

Kami yakini kuasaMu dari kisah Ashabulkahfi
Kami yakin dengan mukjizatMu kepada para Nabi..
Kami masih mengharap KeajaibanMu...
Kami akan terus mengharap kepada KuasaMu…,

Ya..! hanya kepada Mu Ya Allah..
Ya Robbal Alamiin… Tuhan Pengatur sekalian alam.

*** AMIIN***

Saturday, March 8, 2014

rindu....yang tiada sebab...hanya kerana Dia

assalamualaikum...
subhanallah....lama sudah ako x menaip dalam blog yg dah bersawang nie,,,...

td ako layan IG senior ako...
baik orgnya....peramah....lemah lembut.....sweet...
kebetulan hujung tahun lepas dia mendapat panggilan dr allah untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah..
subhanallah......
tengok semua gambar dia...ako rasa rindu sangat2!!!! sangat 2!!!! nak pergi sana...

ako x pernah pergi sana patah lagi menjejakkan kaki disana..
tp rasa rindu aku tuuu tersangat2 la dalam...
aku rindu nak berdiri betul2 dihadapan kaabah..
aku rindu nak mengucapkan salam di hadapan pusara Rasulullah..
aku rindu nak berjemaah disana...
ya....ako pasti ako rindu..

WALAUPUN aku x pernah menjejakkan kaki ke sana...walaupun sekali...
perasaan ini datang secara tiba2...


kita tidak tahu apa yg akan berlaku...
sempat atau tidak ako menjejakkan kakiku di tanah suci itu...
adakah ruang dan kesempatan buat ako untuk kesana...
???

ya Allah... kau berikanlah ako kesempatan dan peluang untuk ako ke rumahmu Makkah Al Mukarramah bersama kedua ibu bapaku ya Allah.....amin...ya rabb

mama, papa, andai adik diberi rezeki dan jalan dr Allah, adik akan bawa mama papa bersama adik kita menziarahi tanah suci makkah bersama2 ya....